Konsert AMAL Merdeka 09'


[ Konsert AMAL Merdeka 09' bersempena Karnival Amal Merdeka 2009 menampilkan Ramli Sarip, Ustaz Akhwan Afandi dan Azhan Atan (Akademi Nasyid TV9). Harga tiket RM 25]



Antara program menarik yang akan di sajikan bersempena Karnival Amal Merdeka 2009 adalah Konsert AMAL Merdeka 09'. Program ini merupakan kesinambungan daripada kejayaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak menganjurkan Konsert Amal Merdeka 2008 yang telah menampilkan Nazrey Johani ( ex-Raihan), Kumpulan Nasyid Devotees dan Ustaz Akhwan Afandi.


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak berhasrat mengetengahkan hiburan mendidik jiwa sebagai alternatif hiburan yang semakin bercambah di luar sana. Semua di jemput hadir memeriahkan Konsert AMAL ini. Maklumat lanjut dan tempahan tiket boleh di dapati pada poster Konsert.

Karnival Amal Merdeka kini kembali..




Maha Benar Allah..

"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)

Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.

Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.


Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.


Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.


Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.


Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.

(di petik dari http://www.harunyahya.com/)


Ummah ini terus di ganyang...pedulikah kita?

Kisah derita ummah ini semakin menekan dan meruntun jiwa bersaudara... Pelbagai rentetan kebiadapan oleh makhluk2 yang tidak senang dengan ISLAM.. Isu Palestin yang tiada berkesudahan, cacamerba di Afghanistan & Iraq lantaran kerakusan AS menginjak2 ISLAM... dunia di kejutkan lagi dengan episod derita ummah di selatan Thailand yang semakin menjadi2... Setelah kejadian 'pembantaian' umat Islam di masjid Isnin malam yang lalu (8 Jun 2009) yang dilakukan oleh sekelompok orang yang tidak dikenal, pemerintah Thailand terus menyalahkan kelompok-kelompok pejuang Muslim yang ada di selatan Thailand.

Penduduk kampung melihat gambar jemaah yang mati ditembak di pekarangan Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat, Thailand


Pemerintah Thailand sendiri mengaku mereka telah membangun sebuah "kesepakatan yang lebih baik" dengan penduduk kampung dan semuanya dilaksanakan di bawah undang-undang dan sesuai dengan "hak-hak azazi manusia", kata jenderal Anupong Paojinda sambil menambahkan bahawa para pejuang muslim Thailand telah melakukan kesalahan dengan menyerang pegawai keamanan.

Pemerintah Thailand langsung meminta jenderal Anupong Paojinda untuk terbang ke wilayah tersebut setelah kejadian penembakan umat Islam di sebuah masjid di wilayah Narathiwat.

Bagaimanapun penduduk desa tetap menyalahkan pasukan tentera Thailand atas serangan berdarah itu, yang merupakan satu dari kejadian terburuk yang pernah terjadi di wilayah Thailand selatan.

Penduduk kampung Cho Ai-rong mengatakan mereka menduga kuat memang ada keterlibatan militer Thailand dalam pembantaian di masjid daripada keterlibatan pejuang Muslim.

"Saya yakin tidak mungkin ada pejuang Muslim yang sanggup menembak orang yang sedang sholat Isya di Masjid karena hal itu sangat sakral dan bertentangan dengan agama Islam," kata salah seorang penduduk kampung yang meminta namanya dirahsiakan sewaktu diwawancara.

Lebih dari 1000 orang penduduk kampung berkumpul di dekat masjid di Cho Ai-rong pada hari Selasa lalu untuk melihat lokasi kejadian serangan dan untuk menghadiri solat jenazah para syuhada. Penduduk lokal mengumpulkan tubuh ke lapan-lapan orang yang terbunuh termasuk imam masjid, pada pagi Selasa kemudian memandikan dan mengkafani mereka untuk di solatkan sebelum nantinya dimakamkan.

Kelompok-kelompok HAM sebelumnya telah menyalahkan penyalahgunaan wewenang yang dilakukan tentera Thailand di wilayah selatan negeri itu, termasuk penggunaan kekerasan yang berlebihan pada tahun 2004 dimana terjadi pengepungan masjid yang dilakukan tentera Thailand dan mengakibatkan 32 orang meninggal.

100 askar kawal Fardhu Jumaat

Ditembak ketika solat

Tindakan Bacul


Sedih, pilu selubungi Masjid al-Furqan

Muhasibiey bermonolog sendiri..apakah penat lelah, usaha yang mampu di kerah untuk membuktikan rasa cinta terhadap saudara2 kita yang berterusan di uji dengan pelbagai rentetan siri penindasan, pencabulan hak di seluruh dunia...maafkan daku wahai saudara2ku..

Terima Kaseh Cikgu...

"semua bangun...terima kasih cikgu"


itulah ungkapan yang sinonim & paling akrab bagi para pelajar ketika cikgu bersiap sedia untuk keluar dari bilik darjah setelah selesai sesi pembelajaran... sudah hampir 9 tahun Muhasibiey meninggalkan alam persekolahan.. segala kenangan indah bersama sahabat2 yang senantiasa di ingati...kenangan bersama para pendidik yang tidak pernah kenal penat dalam menabur budi mencurah bakti...jasa seorang guru terlalu mahal untuk di barisi dengan jutaan kata....




kisah kehebatan individu bertitik tolak berkat curahan ilmu seorang guru.. yang telah mengajarnya mengenal A,B,C...1...2...3.... dan yang paling penting mengajar untuk menjadi insan salih lagi muslih dalam mengatur langkah di sekolah kehidupan....Masih lagi tersimpan rapi kenangan sewaktu di bangku persekolahan....di marahi guru kerana tidak memberi tumpuan dan perhatian ketika mendengar taklimat guru, di denda dek kerana lunturnya semangat menggali khazanah ilmu.. tawaf dewan, di tarik telinga, menyanyi... terlalu banyak kenangan-kenangan manis yang masih tersimpan dalam memori Muhasibiey untuk di kongsikan dengan sahabat2 diluar sana.. namun biarlah ianya menjadi kenangan terindah buat Muhasibiey sendiri..

Di sini Muhasibiey ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan " SELAMAT HARI GURU" kepada seluruh tenaga pendidik umumnya..dan teristimewa buat para guru/tenaga pendidik di SEKOLAH KEBANGSAAN MARANG, SEKOLAH MENENGAH AGAMA ATAS SULTAN ZAINAL ABIDIN, KOLEJ MATRIKULASI LONDANG, MELAKA & UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI..terima kasih buat semua atas kesudian mecurahkan ilmu buat Muhasibiey meneruskan kelangsungan hidup...Semoga Allah memberi hasanah & khair yang berganda kepada kalian.. TERIMA KASIH CIKGU....ucapan istimewa ini Muhasibiey tujukan kepada insan istimewa permaisuri hati Muhasibiey yang kini bergelar seorang guru di Miri, Sarawak .. "SELAMAT HARI GURU SAYANG..."

"Sebelum mata tertutup rapi atas kesalahan Muhasibiey selama ini, izinkan Muhasibiey mohon ampun dan maaf atas segala tutur-kata dan gerak-gaya yang menyinggung dan mengusik hati cikgu yang cukup baik terhadap Muhasibiey...Terima kaseh cikgu..kasihmu ku julang.."

Zahir & Ma'nawinya Kebahagiaan..

Bahagia....majoriti ummah mencari bahagia...masing2 punyai perspektif berbeza tentang bahagia..bahagia itu suatu anugerah yang tidak mampu di terjemahkan oleh jutaan kata..hanya hati yang mampu menikmatinya....kerana hakikat kebahgiaan itu terbit dari dalam diri..berpangkalan di lubuk hati insan ...Hati yang sarat dengan bahagia..pastinya ketenangan menjadi lakaran di wajah..jiwanya pula kaya dengan keindahan budi...di terjemahkan pula dengan tertibnya akhlaq yang di zahirkan..sehinggakan mampu menjadi magnet-magnet kebaikan yang menarik insan lain untuk mendekatinya.. menjadi asbab hidayah ummah..



Muhasibiey teringat pesanan seorang artis yang telah berhijrah dari dunia glamour ke daerah ketenangan yang sarat dengan cinta Allah.. dunia selebriti yang kacau bilau sudah lama di tinggalkan.. kini seluruh ruang lingkup kehidupannya di manfaatkan untuk keluarganya... pengakuan ekslusif itu Muhasibiey ikuti di saluran Astro Aosis, channel 106 melalui siaran " Iktibar Dari Tanah Suci" pada suatu masa dahulu (sehingga kini menjadi salah satu "favourite programme" Muhasibiey) sesekali mendengar pengalaman2 indah penuh pengajaran, sarat dengan dugaan bersama tarbiah daripada Allah...Noor Kumalasari kini sudah berhijrah tahu betapa bernilainya menjadi muslimah..kemuliaan seorang hamba itu terletak dalam kepatuhan/ketundukan kepada awamirullah...



" kalau dulu bahagia jugaklaa... awal2 tu bahgia laaa..tapi hujung2 tahun ...tak jugak bahgia..sbb bayar hutang itu ini...jelaskan bayaran kredit kad..."


itulah antara bait-bait keluhan yang terbit dari dalam hati selebriti tersebut..sekiranya insan mendefinasikan kebahagian itu terletak dalam timbunan wang ringgit..maka betapa sengsaranya individu terbabit..tidak kekal sifat bahagia yang di carinya itu..


Rasa BAHAGIA itu merupakan suatu anugerah yang wajib di syukuri.. bila BAHAGIA sudah menjalar di laman hati..diri akan tenggelam dalam ketenangan yang tak mampu di barisi jutaan kata ...setelah jiwa insan di selubungi ketenangan..segala keadaan di tempuhi dengan penuh semangat & motivasi tinggi.. mengusir jauh kegelisahan daripada mencengkam & membelenggu hati.. menyahkan secara total kesedihan, kekesalan andai pelaksanaan tidak seindah imiginasi yang di lakarkan, memadamkan kekecewaan daripada marak di laman hati seandainya segalanya tidak menepati hasrat, impian diri..


"Ya Allah dengan belas ihsanMu..hadiahkan kepadaku hati yang senantiasa di ulit rasa bahgia, cekal dan tabah menerima taqdirMu... segala yang di miliki tiada sebarang erti bagiku andai hati yang menjadi raja dalam kerajaan diri..kelam, tidak keruan, mendepani segalanya..."

Menakluk hati insan..


DAKWAH: PROSES MENAKLUK HATI INSAN!




Kepelbagaian orientasi dakwah merupakan rahmat! Dalam usaha meningkatkan kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan masyarakat para dai’e bebas memilih untuk berintima’ dalam orientasi haraki (gerakan), siasi (politik), orientasi tabligh atau sufi bagi mencapai keberkesanan dalam kefahaman dan amal Islami. Namun natijah akhirnya tetap sama… menakluk hati insan.

Maka tidak keterlaluan jika di simpulkan sebagai “ Dakwah adalah proses menakluk hati”. Apabila hati mad’u sudah berjaya di tawan maka mudahlah para pencinta dakwah menggerakkan modus operandinya membantu para mad’u untuk berterusan meneroka khazanah hatinya sendiri. Hidup lena di ulit bahgia andai hati bijak dan arif memilih jalan menuju Rabbi.



DAKWAH: KASIH SAYANG SENJATA BERKESAN!



“Kewajibanmu wahai hamba Allah! Lembutlah dalam dakwahmu dan jangan
menyulitkan orang-orang, membuatnya lari dari agama, jangan membuat mereka lari dengan kekasaranmu, kebodohanmu, kekerasanmu yang menyakitkan dan memudharatkan.”
( Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz)



Salah satu sifat yang harus dimiliki oleh sahibud da’wah adalah sifat lemah lembut. Memang tidak dapat di sangkal bahwa hati-hati insan itu cenderung kepada individu yang berbuat lemah lembut dan ramah dengannya.. pendekatan berhikmah penuh dengan kasih sayang.. berdakwah kerana desakan kasih yang sarat memenuhi ruang hati... dimanifestasikan melalui pendekatan yang di gunapakai…Dan tabiat kemanusiaan akan lari dari perkataan yang kasar dan kaku, walau dia itu adalah sebaik-baik makhluk Allah.

Dakwah itu berkesan andai akhlaq Muhammad ibn Abdullah menjadi pakaian para pencinta agama! Sesungguhnya thoriqud da’wah ini adalah dakwah yang benar. Lumrahnya kebenaran itu sangat berat diterima oleh jiwa untuk di pasakkan dalam hati insan… tentu saja rasa berat itu akan semakin bertambah sulit andai cara penyampaiannya juga memberatkan, kasar lagi keras.


DAKWAH: MULAKAN DARI DALAM DIRI, SERULAH UMMAH!


“ lisanul hal aqwa min lisanil maqol”


Antara faktor yang menyumbang kepada terbantutnya gerakan dakwah adalah kesilapan para du’at itu sendiri. Antara stigma –stigma negatif yang melanda para du’at ialah melupakan tazkiyyatun nafsi atau lebih mudah budaya “walking the talk” di pinggirkan. Sibuk mempromosikan Islam sehingga terlupa diri sendiri perlu di perbaiki. Allahmumma a'inna 'ala zikrika wasyukrika wa husni 'ibadatika..

Ketahuilah wahai diri, dakwah itu berkesan andai shababudda’wah itu menterjemahkannya dalam rutin kehidupan. Setidak-tidaknya tidak menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Bersama mulakan dari dalam diri dan kemudian terjunlah kedalam masyarakat dengan penuh optimis bahwa Allah senantiasa bersama!

Tujuan memperbaiki diri adalah untuk melahirkan individu salih yang sahih! Manakala menyeru individu lain adalah untuk memperbanyakkan ummat muhammadiah yang benar! Natijah akhirnya akan mengikat janji untuk bersaudara dan berkasih sayang lalu menjadi satu dasar yang kukuh yang sarat dengan muatan iman. Di atasnya didirikan mercu Islam yang akan menjulang tinggi kebenaran hakiki dan melenyapkan kebathilan.




Jurubicara Islam bukanlah terletak di bahu para alim ulama'...bukan juga terbeban di pundak para ilmuan/ustaz semata... bukan juga di taklifkan kepada golongan agamawan...tetapi setiap fardulmuslim itu menjadi cerminan kepada keindahan Islam...juru bicara ummah ini..

Muhasibiey di Perak!

Salam kasih sayang buat sahabat2 yang dikasihi diluar sana.. pengunjung blog diari seorang hamba..di doakan semoga senantiasa dalam ketenangan & kebahgiaan..ameen.. hmm..sudah lama rasanya Muhasibiey membiarkan blog ini bersawang tanpa sebarang buah fikir , cetusan rasa untuk perkongsian sahabat2 budiman di luar sana... sudah terlalu lama Muhasibiey tidak menulis dan mencoretkan sesuatu di sini.. dek kekangan yang menghambat diri..

Baru2 ini Muhasibiey berkesempatan untuk menjejakkan kaki buat kali pertama di negeri Perak.. penat jugak Muhasibiey di buatnya.. bertolak dari Miri pada malamnya dan paginya ke Pudu Station seterusnya ke Tanjong Malim... mengapa muhasibiey ke Perak?? ada apa ye? kempen pilihanraya ke? hehe..

Muhasibiey bersama permaisuri hati tercinta


Muhasibiey bersama ibu, ayah & adik ipar



Meringkaskan cerita.. Muhasibiey ke Perak atau lebih spesifiknya ke UPSI sempena konvokesyen isteri tersayang.... bukan berkempen pilihanraya ...hehe.. Zaujah Muhasibiey selamat menamatkan pengajian di UPSI dengan ijazah sarjanamuda Sains & Teknologi Maklumat.. tak lama lagi insyaAllah akan menjadi tenaga pengajar di bumi kenyalang..


Alhamdulillah di UPSI..Muhasibiey berkesempatan mengikuti ceramah agama bertempat di Dewan Kolej Ungku Omar ( KUO).. ceramah yang dianjurkan bersempena sambutan maulidurrasul 1430h .... ceramah yang di beri tajuk " Ada Apa Dengan Islam " ini di sampaikan oleh saudara baru Brother Lim Jooi Soon..Alhamdulillah semangat cintakan Ilmu di kalangan adik2 mahasiswa/i amat positif.. rasanya sudah lama Muhasibiey tinggalkan dunia kampus yang penuh dengan suka duka.. bekerjasama dengan sahabat menganjurkan program2... paling tidak pun bersama sahabat2 menjejaki majlis2 ilmu di kampus.. " aku rindu saat2 itu!!"

Sebelum sesi ceramah di langsungkan..Muhasibiey berjaya mendapatkan buku hasil pena penceramah.. buku yang bertajuk " 7 Persoalan Asas Agama Kristian" .. buku ini telah di garap secara ilimiah oleh penulis ... Penulis membentangkan jawapan Islam terhadap persoalan2 asas yang mengelirukan dalam fahaman kristian... ceramah yang mengambil masa lebih dua jam ini mendapat sambutan yang menggalakkan ...


Fikiran Muhasibiey tetiba menerawang jauh menyoroti semula kisah2 saudara baru yang mendapat anugerah HIDAYAH Allah.. Cat Steven @ Yusuf Islam,Brother Yusuf Estes...lantaran semangat inkuiri yang mendesak dalam diri.. Muhasibiey nekad mengemukakan 2 soalan kepada brother Lim..Soalan pertama Muhasibiey meminta penjelasan daripada brother Lim bagaimana beliau menemui HIDAYAH untuk memilih Islam sebagai cara hidup...soalan kedua Muhasibiey pula bertanya penentangan &halangan yang diterima olehnya..



Alhamdulillah.. respon Brother Lim terhadap soalan2 Muhasibiey menjadi penutup ceramah malam itu.. Brother Lim menceritakan detik awal cintanya berputik terhadap Islam.. dia memulakan ceritanya..


" Segala2nya bermula dengan sebilah pedang.. saya memang berminat dengan pedang...seorang sahabat muslim saya memiliki koleksi pedang.. pada suatu hari dia mengajak saya kerumahnya.. fikir saya..sudah tentu cerita tentang pedang yang mahu di kongsi bersama.. tetapi jangkaan saya meleset..dia mengajak saya menonton video..."

Beliau bercerita lagi..

" Video apa?? tanya beliau kepada sahabat Muslimnya itu.. "Video debat ...debat Islam Dan Kristian" balas sahabatnya itu...


Brother Lim menyahut dakwah sahabatnya tambahan sahabatnya itu belum menonton video tersebut..video debat Ahmad Deedat memang cukup meluas promosinya.. setelah menonton video tersebut Brother Lim marah..marah kerana Ahmad Deedat mendedahkan kecelaruan yang berakar umbi dalam ajaran kristian..dan beliau bertambah marah kerana paderi yang berdebat itu langsung tidak dapat mematahkan hujah Ahmad Deedat..walhasilnya.. beliau meneliti semula hujah2 Ahmad Deedat.. dan di temui kebenaran hujah2 tersebut.. maka dia nekad mendapat video2 debat Ahmad Deedat untuk mencari kesilapan hujah yang di kemukakan.. tetapi.. hampa..semakin di kaji..di selidiki...hatinya mula mencintai Islam dalam diam..akhirnya membawa kepada ungkapan tasyahud..ALHAMDULILLAH.. dia membenarkan tuntutan fitrah insan...

Namun setelah bergelar Muslim.. lain pula ceritanya... di pandang sinis oleh Muslim sendiri bukan kerana beliau memeluk Islam tetapi kerana masyarkat muslim agak meragui adakah Brother Lim seorang Muslim..memandangkan "chinese look" yang di nilai secara zahirnya... namun kini, setelah mengkaji, mendalami Islam.. beliau semakin berani mendepani dugaan tersebut..

Hidayah Allah terlalu mahal harganya.. fa tubaa li man yaqbiluha.. ya Allah sudilah kiranya engkau menghadiahkan kepadaku hidayahMu..bantulah hambaMu dan kasihanilah daku...hambaMu yang terlalu jahil lagi dhoif ini..

Malu untukku nyatakan CINTA...






“Malu rasanya mengatakan cinta…Kepada dia Kekasih Allah.. Kerana dia insan mulia…Sedangkan diriku insan biasa”




Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah..lahirnya insan pilihan yang membina ketamadunan insan & mengubah landskap nilai & prinsip ummah yang telah jauh tersasar dari tuntutan fitrah insan… kelahiran baginda di tengah-tengah kecelaruan aqidah masyarakat Arab jahiliyyah..telah mengundang kebencian di kalangan pemimipin berpengaruh Quraisy..walaupun pada awalnya kelahiran bayi amat di nantikan oleh Abu Lahab namun setelah Muhammad ibn Abdullah ini menerima taklifan dakwah.. kehadiran baginda tidak di senangi malah di perangi tetapi segala tentangan, halangan, kekangan musyrikin kuffar di hadapi dengan tabah & kental..kerana taklifan dakwah yang di galas lantaran kasih & sayang yang menebal mahu menyelamat insan & memerdekakan jiwa ummah..





“Selagi upaya ku turuti ajarannya…Apa terdaya ku amalkan sunnahnya…Moga didunia mendapat berkat…Di akhirat sana beroleh syafaat”



Namun Muhammad ibn. Abdullah telah lama meninggalkan ummah ini… sudah lebih 1430 tahun lamanya… Kewafatan baginda telah menggemparkan dunia Islam pada masa itu..Sehinggakan pada awalnya kenyataan ini sukar untuk di terima oleh Saidina Umar Al-khattab…. Namun cahaya Islam tetap di pelihara sinarnya oleh Allah..sehinggakan ummah hari ini dapat merasai nikmat Islam..nikmat tauhid yang indah.. cahaya kebenaran Islam tidak dapat di padam walaupun dewasa ini pelbagai siri penghinaan Islam & rentetan penindasan ummah ini di rancang oleh kuffar!… kita di muliakan Allah dengan Islam.. tetapi kita telah menghinakan kemuliaan tersebut dengan mengambil jalan hidup selain daripada sistem Islam!




“Ku pujuk jua hati dan jiwa…Meluahkan rasa cinta membara..Didalam pujian ucapan selawat…Tanda penghargaan seorang umat”




Apakah benar kita mencintai baginda Nabi? Walhal cara hidup kita sudah agak tersasar daripada wasiat & cara hidup baginda. Pelik tapi benar, kita mengaku diri mencintai baginda tetapi kita abaikan pesanan baginda.bukankah Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda..tidak sempurna Iman seseorang sehinggalah Baginda lebih di cintai daripada manusia seluruhnya?




“Kerana peribadinya aku terpesona…Kerana budinya aku jatuh cinta…Rindu ku padanya tiada terkata…Nantikanlah daku ditaman syurga”



Akhlaq baginda tiada bandingan…kasih sayang terhadap ummah mendepani segala rasa…pernah seorang Arab Badwi menarik dengan begitu kasar jubah buatan Najran yang kasar kainnya, yang dipakai oleh Rasulullah SAW hingga berbekas leher baginda… Rasulullah SAW tidak marah, malah menghadiahkan jubah itu kepada Arab Badwi tersebut.. betapa halusnya jiwa baginda! Dalam riwayat lain seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam dek kerana kehalusan jiwa & kemuliaan peribadi baginda.. tetapi akhlaq kita??? Jauh benar kita dengan perilaku Nabi Muhammad s.a.w…. benarkah kita mencintai Baginda? Atau kita hanya berpura-pura mencintai baginda???



Malu untuk diriku menyatakan cinta kepadamu Nabi... terlalu banyak kelompangan amal.. terlalu jauh daku dari segala sarananmu dan cara hidup yang telah dirimu wahai kekasih Allah zahirkan .. Ya Allah anugerahkan cinta terhadap Nabi Mu ..kerana daku yakin..mencintai NabiMu..adalah mencintaiMu Rabbi...